Huh..berbulan rasanya tak meng'update' blog ni..
Kalau nak ikutkan masa memang tak pernah cukup dan sentiasa tak sempat..
Dah hampir sembilan bulan aku kat SP...
hidup kat sini ok2 je...cuma yg x best sebab jauh dari rumah..tu je (huh..bukan aku sendiri yg apply posting kat sini ker...?haha)
Dah hari2 asyik keje je...
Penat tu mmg la kan...mentally n physically
Tambah sekarang ni dgn 'shift system' yg baru diperkenalkan untuk houseman...
memang everyday is a working day...
No more weekend off
So bila aku nak balik perak nih...???huuhu
I NEED A HOLIDAY PLEASE...!!!
Tapi last 2week, sempat jugak aku mintak cuti n balik kg
Kami ke CAmeron Highland...hehe..
Aku,mak, abah n adik
Antara gambar2 kat cameron...~
Bestnye g jalan2...
Bila la lagi dapat pegi...waaa
“Redha atas apa yang Allah tetapkan. Ada hikmah disebaliknya…take rest and prepare for coming exam in 6 months time…insyaAllah you will pass…”
ITU mesej terakhir daripada mentor…banyak lagi mesej2 drpd sahabat lain yg aku terima…sedih sgt2 time tu….selepas pengumuman dibuat….sampaikan dah tak terkeluar air mata lagi..dan keesokan harinya aku melepaskan peluang terakhir makan bersama2 dgn mentor kami buat kali terakhir… ‘maafkan sy Dr,dan kawan2…bukan sengaja tak mahu hadir tapi tak mahu merosakkan keadaan dan suasana masa itu’…biarlah kwn2 meraikan kejayaan mereka…tanpa aku…
Suasana di kolej jg sama…perasaan sedih dan bersalah bermain2 dlm jiwa aku…Maafkan aku b**, n*** dan m*****…disbbkan kegagalan aku,korg sume tak dpt nak berseronok hari itu… Hari berlalu….
Sahabat2 semua telah teruskan perjalanan masing2…dan aku meneruskan hidup di bumi ktdi… Bgn pagi,pergi wad,ikut ward round,kelas,makan kat kafe makyong,atau kuar makan kat luar.. Itulah tugas dan aktiviti seharian..sedangkan sahabat2 lain dah memasuki chapter yg baru dalam kehidupan mereka iaitu alam pekerjaan
Susahnya nak melalui saat2 itu....
Untuk bulan pertama itu aku lalui dgn cukup payah…hampir2 meet criteria for major depression with melancholic features..~early morning awakening…tiap2 hari menangis (dalam bilik) after class and teaching (especially teaching with prof F****).… tp aku cuma sembunyikan ‘rasa’ itu untuk diri sendiri….tak nak org lain tahu… Macam2 perasaan muncul waktu itu…
Tapi bila tak semangat…just ingat je ayat ni..
“dan janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan pula bersedih hati…padahal kamulah orang2 yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman…" (Ali Imran: 139)
ayat Al-quran ni betul2 menguatkan balik semangat yang lemah...sebab tu aku letak ayat ni sebagai wall paper kat laptop aku...sbg peringatan bila down...sampai sekarang pun aku still gunakan wallpaper yg sama...biar sentiasa ingat....
Walaupun aku perlu menghadapi rutin yg sama untuk 6bulan slps itu…aku rasa bertuah..
...aku masih ada mak dan abah dan famili yg amat memahami... yg amat penting doa daripada mereka agar aku teruskan perjuangan menuntut ilmu ni sampai berjaya.. ...aku masih ada sahabat2 yg amat prihatin…bertanya khabar dan tak putus2 memberikan semangat dan doa...yg paling aku bersyukur..bila time aku down..mesti aku akan terima mesej2 yg memberi semangat....thanks sahabat!!! (especially you b**- if u read this, thanks so much.. I really appreciate it!!!) ...aku masih ada rakan2 lain (17 of us) yg bersama2 dalam medan perjuangan ini....thanks to F********,B**,K.K****,D**** and F** and also B**.. (biar pun nama2 korang aku '*'kan...hehe...namun persahabatan selama 6bulan ini amat bermakna...kita sama2 harungi susah payah...suka duka... dan ini kenangan yg memang tak dpt dilupakan...-kuar makan sama2...pegi genting...main bowling and ice skating...macam2 yg kita buat sama2...demi untuk mengurangkan tahap stress masa posting...hehe)
Rupa2nya…saat payah begitu.. baru aku mengerti “hikmah" disebalik perkara yg berlaku……… Aku makin sedar akan makna sebenar ‘SABAR’ dan ‘REDHA’… Dan yg paling penting ialah KEBERGANTUNGAN pada ALLAH… Memang benar…di saat kita susah…tiada sesiapa yg kita boleh bergantung harap kecuali pada Allah… Berbekalkan 2 perkara itu (sabar dan redha), aku meneruskan perjuangan selama 6 bulan itu…..
Alhamdulillah…. Allah permudahkan segalanya dalam final exam after 6months of tears and joy*…(ade jgk enjoy nye.. :) )
Benarlah kata org..,kegagalan itu hakikatnya ialah kejayaan yg tertangguh
Sesungguhnya ujian dan kesusahan ini Allah beri kerana Dia cintakan hambanya….agar hambanya ingat akan Penciptanya….amat beruntung bila kita diuji…kerana Allah sendiri yang inginkan hambanya…bila mana kita bersabar,pasti Allah beri ganjaran dan akhirnya kejayaan dan jalan keluar yang Allah berikan…oleh itu sentiasalah sabar dan teruskan rapat padaNYa…
saat ini...aku masih bercuti di rumah... menghabiskan sisa2 cuti yang hampir sampai ke penghujungnya.... kawan2 lain dah dapat surat untuk ke kursus induksi...agaknye esok sampai la surat aku kot...
memasuki lembaran baru dalam hidup nanti.... insyaAllah...aku akan berusaha bersungguh-sungguh..
aku harap cuti selama hampir 2 bulan ni cukup untuk aku bersedia mentally and physically before aku melangkah ke dunia yang lebih mencabar iaitu alam pekerjaan...
walaupun dah mcm2 cerita yg tak best aku dengar semasa melalui zaman 'house officer'... tapi aku akan/mesti tempuhinya juga...(boleh tak terus jadi MO/specialist je?...huhuh..x logik) all the best!!! untuk diri aku sendiri.... semoga tarbiyah Allah bagi selama 6 bulan yg lalu...sedikit sebanyak mematangkan aku..dan supaya aku lebih bersedia sbg seorang HO...!!! chaiyok!!!
wanita ibarat epal... epal yang tak berkualiti amat mudah diperoleh kerana ia berguguran di tanah... tapi..epal yang tak mampu dibeli berada di puncak susah dipetik..susah digapai.. terkadang epal2 itu risau.. "mengapa diriku belum dipetik..?" lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya hingga tiada siapa yang berani memetik Hanya pemuda yang benar2 hebat sahaja yang mampu... mungkin bukan di dunia..tapi di akhirat...
usah risau andai dirimu tiada pasangan namun sematkan kerisauan dalam hatimu andai imanmu berkurangan..dan aqidahmu terhakis
usah risau andai dirimu tiada rupawan... tapi selitkanlah kerisauan andai amalmu ke akhirat masih tak mencukupi
usah dirimu risau andai tiada sahabat.. tapi risaulah andai dalam hatimu tiada wujud ruang untuk Allah sedikit pun...!!!
aku baru menghabiskan baca buku yg seorang sahabat hadiahkan pada aku …tajuknya "bila allah menguji kita"..
buku yang sangat bagus…tapi aku hanya mampu untuk menghabiskan membacanya dalam masa lebih 4bulan.. kenapa??banyak sebabnya…..
sebelum aku dihadiahkan buku tu lagi aku dah tau sedikit2 isi yg terkandung dlm buku tu…sbb sahabat serumah dah beli buku tu dan dia ada ceritakan pada aku sedikit sebanyak…bab intro dan bab2 yg awal je la yg sempat dia ceritakan…
Alhamdulillah…yg boleh aku katakan… Allah dah rancang semuanya… sekurang2nya dengan pengetahuan sedikit tentang isi buku tu…telah men-siap-sediakan "jiwa" aku untuk terima apa saja ketentuanNya….
sampailah suatu hari..."berita"- yg aku-takutkan-akan- berlaku- itu betul2 berlaku… tp Alhamdulillah sekurang2nya aku dah sedikit bersedia dari segi mental…(macam isi yg terkandung dalam buku tu).....walaupun saat tu sangat2 sukar untuk diterima….dan tak mungkin akan dilupakan dalam hidup....tp akhirnya aku terima dgn redha...
bak salah satu ayat yg terkandung dlm buku: "Allah telah mentakdirkannya...dan apa yang dikehendakinya pasti terjadi...."
Malam selepas kejadian tu..sorg sahabat dtg dan hadiahkan aku buku tu…
sedikit yg boleh aku komen daripada buku ini: Buku ni isi nya senang difahami…boleh dikatakan macam buku motivasi pun ya juga.… aku baca buku ni sedikit2…tak boleh nak baca semua sekali sebab sedih teringat peristiwa di sebalik buku ni…
Aku cuma akan bukak buku ni bila ada masa terluang dan bila tahap motivasi dalam diri aku pada skala yg agak rendah…. cuma baca buku ni sekejap2…pun begitu…tapi setiap kali baca pasti akan tersentuh hati.... Sebabnya setiap ayat pasti ada kaitan dengan hidup kita…percaya atau tidak?? Baca la sendiri….
Bila rasa emosi di tahap paling rendah, aku buka je mana2 halaman dalam buku ni..dan pastinya aku akan jumpa ‘sesuatu’…………… dan sesuatu itu pastinya amat bermakna... Bait2 ayat yg digunakan adalah sangat best dan aku suka…
Bila Allah menduga Kita~
Kita harus ingat,setiap saat Allah akan menduga umatNya dengan berbagai2 ujian, tidak kira dari segi kesusahan mahupun kesenangan… Sikap sabar, tabah dan berdoa dan bertawakal amat penting kerana Islam sentiasa memberikan jalan dan sikap positif yang indah, terpulanglah pada individu untuk memahami dan mempraktikkannya dengan baik supaya kita tidak hanya berjaya di dunia malah di akhirat kelak.. Oleh itu setiap perkara yg datang perlulah ditangani dengan bijak, jangan bertindak terburu2 dan selebihnya berserah pada Allah…
"Jika dengan hikmah Allah satu jalan di tutup dihadapanmu….maka dengan rahmatNya Dia akan membuka jalan yang lain yang lebih bermanafaat dari jalan pertama itu…." (Abdullah bin Alwi Al-Haddad)
-bila Allah menduga kita- penulis: Syed Alwi Alatas penerbit: mustread sdn bhd 2010
"jika jalan perjuangan ini MANIS dan INDAH.... sudah pasti ramai yang akan memilih jalan ini..... dan tak akan wujud golongan yg tercicir... tapi.. disebabkan jln perjuangan ini PERIT dan PAHIT... maka hanya org2 yg terpilih shj layak untuk melaluinya... alangkah beruntungnya mereka yg terpilih
doa2 harian
ayahbonda tercinta..
ya Allah..Kau peliharalah kedua ibupabaku sepertimana mereka memeliharaku sejak kecil...sejahterakan mereka dunia dan akhirat...
"a person who does not stand now will never be able to sit later" this means that a person who does not WORK HARD in their YOUNGER life will never have a relaxed life when they are older... so...work hard from now..!!!
halwa telinga anda~
:: MuNaJaT::
wahai Allah...!! Tuhan Yang Maha Mengasihaniku Tiada siapa lagi tempat terbaik untuk hamba yang lemah dan daif ini mahu menumpang kasih kecuali dari sisiMu Hamba akui segala kelemahan... kesilapan dan kebodohan diri ini Ya Allah....
Hambalah manusia yg menzalimi diri sendiri... setiap detik dan ketika..
Ya Allah..aku bermohon dgn keluasan rahmat dan maghfirahMu Agar dosa2ku diampuni Ya Allah... Berat hati ini menanggungnya Ya Allah...
sungguh Ya Allah.. Tiada ketenangan dgn dosa.. Tiada keberkatan dgn dosa.. Tiada keselamatan dgn dosa.. Tiada kemuliaan dgn dosa...